Jumaat, 22 Ogos 2014

ACER LIQUID Z200


Di samping mengeluarkan smartphone berspesifikasi tinggi,Acer tetap tidak melupakan pasaran smartphone kelas entri.Acer Liquid Z200 adalah sebuah smartphone kelas entri yang mempunyai skrin sebesar 4 inci,dibekalkan dalam 5 warna yang bergaya.Ia terbina dengan butang Acer RAPID yang memudahkan,boleh ditekan dengan lama untuk mengaktifkan kamera atau menjawab panggilan dan mengaktifkan sesuatu aplikasi dengan segera.Sebanyak empat antaramuka Personalization disediakan.

Acer Liquid Z200 dijana oleh sistem operasi Android 4.4 KitKat .Ia menggunakan antaramuka Acer Float UI dan tersedia dengan perkhidmatan AcerCloud yang membawakan fungsi sync data.Anda dapat mengakses data di dalam PC di rumah atau pejabat melalui smartphone dimana-mana sahaja.

Smartphone ini terbina dengan prosesor Mediatek MT6572M dual-core 1GHz,RAM 512MB / 4GB ROM dan menyokong kad MicroSD ,kamera 2MP dan bateri sebesar 1300mAh.

ACER LIQUID X1


Acer mengeluarkan smartphone 4G LTE yang menggunakan prosesor lapan teras (octacore),Liquid X1.Smartphone ini hadir dengan reka bentuk yang nipis dan seberat 160g sahaja.Selain menggunakan Corning Gorilla Glass 3 yang lebih kuat,teknologi laminasi penuh Zero Air Gap juga digunakan pada skrin IPS 5.7 inci untuk meningkatkan prestasi warna,kejelasan dan ketepuan warna serta mengurangkan pembiasan dan pantulan cahaya.

Liquid X1 dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.4 KitKat,terbina dengan CPU kecekapan tinggi lapan teras dan GPU kelajuan tinggi empat teras serta 2GB RAM / 16GB ROM,malah juga menyokong kad Micro SD.

Fungsi pengambaran juga tidak mengecewakan kerana dilengkapi kamera utama 13MP dengan aperture F/1.8,penukaran mod penangkapan secara kawalan suara,Favourite Shutter Free Focus dan sebagainya.Selain itu,fungsi Bright Magic dan lampu LED Flash membolehkannya menghasilkan gambar yang berkualiti dalam keadaan cahaya rendah.Kamera 2MP juga disediakan pada muka depan untuk menangkap gambar selfie.

ACER LIQUID E600




Acer Liquid E600 mempunyai skrin sentuh jenis IPS sebesar 5 inci dengan resolusi 854x480 piksel.Ciri-ciri seperti sudut pandang dan ketepuan warna yang tinggi dan menjadikannya smartphone yang handal untuk tujuan multimedia seperti menonton video dan bermain game.

Acer Liquid E600 menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat dan antaramuka Acer Float UI.Kemudahan Acer AirCloud membawakan kemudahan sync maklumat.Di mana juga anda berad,anda dapat mengakses data di dalam PC di rumah atau pejabat melalui smartphone.

Peranti ini dilengkapi oleh prosesor Qualcomm Snapdragon 400 quad-core 1.2GHz ,1GB RAM / 4GB ROM dan menyokong MicroSD.Kamera belakang dan hadapan sebesar 8MP membolehkan anda menangkap gambar yang cantik dan berkualiti dari smartphone ini.

ACER LIQUID E700



Liquid E700 adalah telefon pintar pertengahan terbaru dari Acer.Ia hadir dengan bateri 3500 mAh dan memiliki masa standby selama dua bulan,maka ia sangat sesuai kepada mereka yang kerap menggunakan smartphone untuk tujuan multimedia.Penyokongan tiga kad sim adalah satu kelebihan pada smartphone ini.

Liquid E700 memilki skrin IPS 1280X720 piksel 5 inci dengan teknologi laminasi penuh Zero Air Gap, kamera belakang sebesar 8MP sementara pada bahagian hadapan terdapat kamera 2MP.Ia didatangkan dengan sistem operasi 4.4 KitKat,menggunakan cip pemprosesan Mediatek MT6582 quad-core 1.2 GHz,2GB RAM /16GB ROM dan menyokong slot MicroSD.

Rabu, 20 Ogos 2014

HTC ONE M8 VERSI WINDOWS PHONE 8.1 DIPERKENALKAN - KHAS UNTUK PASARAN AMERIKA SYARIKAT


Semalam HTC telah mengadakan sebuah acara khusus di Amerika Syarikat dan telah menmperkenalkan sebuah lagi telefon pintar terbaru iaitu HTC One M8 versi Windows Phone.Tetapi telefon pintar ini hanya untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

HTC One M8 versi Windows Phone ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti pada versi Androidnya .Ia  memiliki skrin sebesar 5 inci HD Penuh,cip pemprosesan empat teras 2.3 ghz Snapdragon 801,kamera belakang 4 MP Ultrapixel dengan Duo Camera,RAM sebesar 2GB,speaker HTC Boomsound dan juga menyokong HTC Dot View Case.

Oleh kerana ia menggunakan Windows Phone 8.1,maka ia hadir dengan beberapa fungsi tambahan seperti Cortana,Wordflow Keyboard,Panel Notification Action Center dan sebagainya.

Pihak HTC tidak mengulas lebih lanjut bahawa adakah peranti ini akan dijual secara meluas atau tidak.



PEMBANGUN FLAPPY BIRDS HADIR DENGAN PERMAINAN TERBARU : SWING COPTERS


Flappy Birds adalah sebuah permainan yang cukup popular pada peranti mudah alih sehingga menyebabkan ketagihan ketika anda memainkan permainan ini.Pada beberapa bulan lepas,terdapat ura-ura bahawa pembangunnya Dong Nguyen bakal hadir dengan sebuah permainan terbaru.

Dan pada beberapa hari yang lepas,beliau telah memperlihatkan trailer permainan terbarunya iaitu Swing Copters.Permainan ini memerlukan anda mnegawal sebuah helikopter yang terbang sambil perlu mengelak bonggol yang berayun.Permainan ini dilihat sangat mencabar.

Permainan Swing Copters boleh mula dimuat turun bermula 21 Saeptember ini secara percuma tetapi mengandungi iklan dan anda  juga boleh membeli permainan ini dengan bayaran $0.99 bagi versi tanpa iklan.






Selasa, 19 Ogos 2014

HTC BUTTERFLY 2 DIPERKENALKAN SECARA RASMI UNTUK PASARAN ASIA

Pada hari ini,pihak HTC telah mengumumkan flagship terbaru mereka untuk pasaran asia iaitu HTC Butterfly 2.Sebelum ini,telefon ini telah dilancarkan untuk pasaran Jepun dan dikenali sebagai Butterfly J dan sekarang peranti ini boleh didapati di pasaran asia yang lain termasuk Hong Kong,India,Malaysia,Singapura dan Thailand.

HTC Butterfy 2 mempunyai paparan sebesar 5 inci Full HD,cip pemprosesan empat teras berkelajuan 2.5 ghz Snapdragon 801,RAM 2GB,memori dalaman dengan dua pilihan sama ada 16/32 GB,slot mikro sd,HTC Duo Camera dengan sensor sebesar 13 megapiksel,kemampuan rakaman video 1080p,kamera hadapan 5 megapiksel,,sokongan kalis air dan debu,bateri sebesar 2700 mAh dan dijana oleh android 4.4.2 KitKat.

HTC Butterfly 2 juga dilengkapi dengan speaker Boomsound yang popular pada kebanyakan peranti HTC yang lain.Peranti ini akan mula dijual pada 2 September depan.